Saturday, November 14, 2009
\\Harini Jawab Paper, Esok Bakar Paper;
paper akhir! paper akhir! paper akhir! tak sabar. lepas ini hilanglah serabut dalam otak ini, sementara. hmm. tak mungkin melepak je. mesti mau keje.
soal next sem ni pun tak selesai lagi. parents pun dah pening. apa lagi aku.
buang cerita universiti. cerita pasal kehidupan. bila aku sorang-sorang, aku sangat suka duduk statik, mata melilau. atau erti kata lain, lepak. suka sangat. aku tengok orang, aku teka, dia student ke dah bekerja. dah kawin ke belum. happy ke tak. style dia. macam-macam. bukanlah nak menyibuk. tapi cuba kau letak diri kau pada orang itu, apa perasaan?
mungkin kalau dia sedang menangis, kau rasa hidup dia banyak sangat penderitaan. kalau dia hepi, stylo. kau rasa nak sangat jadi macam dia. sampaikan aku nak sangat berhenti jadi budak akaun, kerja dekat mcd. hidup takde FRS. haha. bunyi macam tak bersyukur.
envy namanya.
banyak sangat jumpa orang. bak kata kawan sekolah aku, telinga pun dah tebal. apa orang cakap, heh. jalan je. jangan ambik port. yang penting kau tahu apa kau buat. sila teruskan.
nazry, masa untuk tentukan hala tuju. ;)
Thursday, November 12, 2009
\\Macam Tak Bertamadun;
mungkin sedikit terlambat. tahniah Negeri Sembilan atas kejayaan menjulang piala malaysia tempoh hari. lame dah tunggu. akhirnya dapat jugak. dari zaman zami mohd nor dan affendi malik aku tunggu. sekarang baru berjaya. tahniah! hoben jang hoben!
tapi yang aku geram sangat-sangat sampai sekarang, perangai segelintir peyokong fanatik kelantan yang macam tak bertamadun. otak bawah sikit level-nya dari monyet. kalau monyet kena halau, dia lari. kalau yang bongok dari monyet ni kene halau, dia bakar kerusi. baru kalah dah cembeng. bakar kerusi. baling mercun. proteslah tu.

kan dah makan asap anak beranak.

buat kain rentang panjang2, lepas tu bakar. memang anak halal.
tak cukup? tengoklah apa jadi.
dah kalah, buat cara kalah. even hooligans dekat england tak teruk macam ni. dan sah kafir. ini negeri jolokan 'serambi makkah' yang buat. apa-apalah.
\\Masa Semakin Mencemburui;
tinggal last paper. sabtu ini. microeconomics ECO410, ekonomi secara spesifik. ces. dah la dah ambik paper macro baru ambik micro. pelik2 betul jadual dia. ape-ape pun nak bace buku tersangatlah malas. dah cuti-cuti mongolia ni memang rase kebaslah la tangan nak pegang buku. dua hari berturut-turut pergi midvalley. nak lagi!
oh ya. kali ini aku sedikit rajin nak blk awal ke melaka. kalau tak, selagi esok tak paper, jangan harap aku nak blk sini. huhu. teruk perangai. paper last ni kene score. nak cover GPA subjek lain. ya Allah. subjek2 tahun ni sangat-sangatlah susah. :-(
sem depan. masih dalam penentuan. mungkin aku tak bersama korang lagi. atau aku sekadar ambil cuti, selesaikan masalah terbelenggu.
aku sangat terharu bila si dia nyanyikan lagu favourite aku pada malam lalu. siap hafal lagi. bukan senang tau. terima kasih sayang. tq sebab memahami i.;)
Sunday, November 8, 2009
\\Aku Nak Kira Kos Bangunan Uitm;
tengah hari nanti paper MAF420, management accounting and control. banyak aku nak kene kira. keletup keletap kalkulator. initial outlay. ABC method. variance. flexible budget. cukup.
doakan aku buat yang terbaik.
kepala otak aku dah fikir 5.15 pm je! cepatlah masa!
oh ya, n.sembilan menang 3-1. aku penduduk selangor, tetap berjiwa nogori ya. say sori to budok2 kelate. kih2.
Thursday, November 5, 2009
\\Mari Buat Benda Lebih Mudah;
serabut dengan layout lama, yang hidup dalam gelap saja. aku bagilah sikit cahaya. takut kelam macam hati tuannya. aku tukar sikit-sikit. bagi nampak mudah. taklah aku macam rasa pening bila masuk blog sendiri.
tadi satu lagi kertas membunuh dah lepas. CRG520. apa jadi aku taktau lah. semua cakap susah. aku lagilah rasa susah-susah. harap tak lingkup. amin. tinggal dua kertas lagi. satu kertas membunuh. dan satu lagi economics. yang last tu aku takut hanyut. memang nak study pun, mood dah cuti. selamatlah.
mereka semua pergi mandi kolam. aku tak heran. sebab aku kena mengadap seorang ini. ;)
semester depan aku jadi robot. selamat tinggal dunia berfikir.
Tuesday, November 3, 2009
\\Penangan 2PM;
memang sah, orang malaysia sekarang dah kene pengaruh korea. tak sangka tarian again and again - 2 p.m. dibuat kat negara ni. dekat bukit bintang pula tu. korang memang ada beran! semangat pergi-mampus-apa-orang-nak-cakap, suka-hati-mak-bapak-akulah itu ada dalam diri korang. thumbs up!
even mak aku pun layan drama korea. apatah lagi anaknya. tahniah pada semua hottests! sarang hae park jae beom!
\\Lagu Ini Untuk Awak, Penyanyi Perkenalan Kita;
terlalu banyak masalah yang melanda. bukan sekali dua. tetapi kita harungi.
walaupun perit, walaupun timbul salah faham.
sayang. sudah 3 tahun. malah lebih tiga tahun. banyak kenangan kita bersama. banyak tempat kita jelajahi.
kau yang buat aku hidup semula. kau yang memimpin tangan aku untuk kembali bernafas.
kau bidadari. tiada cela pada pandangan mata kasar.
manusia bukan sempurna. tetapi susah untuk aku lihat kecacatan pada dirimu.
aku manusia yang banyak kelemahan. kau yang menutup segalanya.
semakin lama, kita semakin matang. mungkin berjauhan.
malah sudah di alam yang berbeza.
kau sudah menghitung gaji. aku? masih terkial-kial menimba ilmu.
tetapi ia bukan halangan. ia cabaran bak kata ibubapa aku.
benda baik bukan senang nak dapat.
ia membuatkan aku berhenti berputus asa.
hidup ini sentiasa indah. jika setiap malam terdengar suaramu sebelum aku pejam.
jika aku melihatmu di depan mata.
takkan aku lepaskan tanganmu dari genggaman eratku.

lagu yang kamu teringin sangat nyanyikan untuk aku. :')
Thursday, October 29, 2009
\\Bahasa Mendalam;
satu kertas pembunuh (killer paper) dah lepas, masih ada 5 kertas yang perlu diisi dengan perahan jus ilmu di kelas dulu. perah. biar otak aku jadi cair.
aku masih dibayangi dengan cadangan akan datang. aku tak berani berkata apa-apa lagi selagi belum ada keputusan muktamad. aku bertindak atas diri sendiri, bukan pengaruh orang lain.
hmm.
kalau aku bosan, aku suka tengok orang berpuisi, bersajak. yang cipta lagu sendiri. fynn jamal. ana raffali. tapi video ini memang aku tak lepas pandang. kadang-kadang jadi bahan gelak beramai-ramai. ada yang kata hippies. ada yang kata macam sampah masyarakat. badan tough tapi pondan. anak a.samad said la.
yang sibuk bergendang itu zahiril adzim. yang macam tengah high itu fared ayam. dua-dua ada dalam filem gadoh.
lepas satu-satu, lepas satu-satu, lepas satu-satu. lepas ini itu, lepas itu ini. dah naik sheikh dah mamat ni punya feel ;p
Wednesday, October 28, 2009
\\Menggeletar;
esok FAR400, paper gila. harap dapat buat dengan tenang. buat muka tenang walaupun kertas tak senang. bengang!
semua yang terlibat dalam acara panaskan bontot di dewan peperiksaan, selamat berfikir. exercise jari sebelum menekan kalkulator dengan rakus. lead pensil tekan jangan lupa letak lebih. jangan bawa pen mydin, dakwat senang habis. lagi-lagi waktu genting.
apa-apa pun doa mak abah itu penting. ;)
nasib baik untuk semua!
Wednesday, October 21, 2009
\\Bacaan Awak Untuk Hari Ini;
NAH! Sok awk ade test ngn sy ye..soklan objektif n subjektif sume ad ela...tp kne bace ni dlu la eh.... ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)

